Press "Enter" to skip to content

1.0.2 Walden by Henry David Thoreau (Working Malay translation)

Saya tidak sepatutnya terlalu menonjolkan hal ehwal saya untuk perhatian pembaca saya jika persoalan yang khusus tidak diajukan oleh penduduk di sini tentang cara hidup saya. Sesetengah mereka menganggap ia tidak berkaitan, walaupun pada saya, ia bukanlah kelihatan tidak berkaitan langsung, tetapi, berdasarkan keadaan, suatu yang amat biasa dan bersangkut-paut. Sesetengah mereka pernah bertanya apa yang saya makan; atau jika saya berasa keseorangan; atau jika saya berasa takut; dan yang seumpamanya. Sesetengahnya pula ingin tahu bagaimana saya memperuntukkan sebahagian pendapatan saya untuk kebajikan; dan sesetengahnya yang mempunyai keluarga yang besar bertanyakan jumlah anak-anak fakir miskin yang saya tanggung.

[Bersambung pada lema berikutnya]

[Buku ranah awam di sini / Public domain book is here]

[Lema terdahulu]