Press "Enter" to skip to content

Cerita Kontot V – Masyarakat yang OKU

Masyarakat yang OKU

Pada satu majlis kenduri. 

‘Apa khabar Haji?’

‘Baik syukur alhamdulillah. Anak ini dari mana?’

‘Jiran Haji.’

‘Eh, nombor rumah berapa? Tak pernah nampak.’

‘No 9. Saya duduk di situ baru 15 tahun. Haji awal lagi. Ketika saya pindah ke sini Haji sudah pun berada di nombor 15.’

‘Ya betul. Berapa anak?’

Hamba senyum.

‘Haji bukan ke Ketua Lujnah Dakwah surau?’

‘ Ya. Tapi tak pernah nampak anak.’

Saya orang susah senang dengan 2 orang anak. Seorang OKU.’

‘Oh ya kah? Datanglah surau! Banyak program. Ceramah. Ustaz ulama mufti terkenal, ramai yang datang. Dari PKR, PAS pun ada.’

 ‘Terima kasih. Tapi Haji tak kenal anak OKU saya.’

Haji terkedu.

Dalam hati hamba menggetus, ‘Anak hamba yang OKU atau masyarakat yang OKU?’

Tetapi hati hamba juga memujuk,’Ah! Tidak mengapa. Bersyukurlah diberikan kesempatan menghidu bau anak syurga!’

‘Mereka tidak nampak nilai anak itu selepas dunia yang fana’ ini.’