Press "Enter" to skip to content

Cerita Kontot XII – Leng Lui

 

Hamba deras melangkah masuk koc selang sedetik sebelum pintunya ditutup.

Tempat duduk tiada, hamba pun berdiri menghadap arah destinasi.

Tren beredar ke stesen Masjid Jamek.

Hasbunallahuwani’malwakil,” mula hamba sambil menggerakkan jari jemari, mengira biji-biji tasbih gelang usang.

Rush hour hamba wirid pagi.

Koc tren melenggok kiri dan kanan sambil membelok sebelum masuk ke stesen Jalan Sultan Ismail.

Hamba masih lagi tenggelam dalam kira-kira biji tasbih tanpa mempedulikan orang kiri dan kanan.

Dengan tidak semena-mena, hamba berpaling ke belakang.

Seorang leng lui manis berkaca mata dengan rambut ikal mayang senyum melihat hamba.

Hamba tersentak.

Leng lui ini senyum dengan aku atau orang di hadapan aku?” hamba bermonolog.

Hamba berpaling semula, tiada siapa di hadapan hamba.

Selang beberapa detik, hamba berpaling semula ke arah leng lui tadi.

Leng lui tadi masih duduk di situ dan masih tersenyum manja melihat hamba.

Deja vu-kah ini?”

“Cinta terlarangkah ini?”

Tanpa hamba sedari, tren sudah tiba di stesen Masjid Jamek.

Hamba bergegas keluar lalu menyambung wirid waktu puncak.

“Abang! Abang!” suara gadis memecah gelendang telinga.

Oh! Leng lui manis tadi yang memanggil hamba.

“Boleh saya bercakap dengan abang?”

Menuruni tangga elektrik, hamba menganggukkan kepala.

Panggilan abang manja menyebabkan hamba terhenti segalanya.

Dunia seperti hamba yang punya.

“Ada apa yang cik puan mahu?”

Leng lui berhenti di sebelah hamba sambil tersengih.

“Abang sudah ada polisi insurans?”

Soalan itu mematikan membunuh khayalanku yang meliar.

Hamba ketawa sendiri.