Press "Enter" to skip to content

Cerita Kontot XIV – Nota

Kiri.

Itulah coretan Pak Najib dalam nota kaki kitab akupineologinya.

Daripada sepuluh tahap latihan tafakur akupineologi, yang ke-10 paling

penting.

“Mujahadah minda aku sudah masuk hari ke-63 daripada 70 hari. Tidak pula

fikiranku terpesong atau terlalai.”

“Aduh, takkanlah kiri dalam nota kaki tidak keruan! Jika tersilap,

berantakanlah aku jika perlu mula kembali.”

“Kiri atau kanan?”

Lalu, dikirimkan nota SMS kepada gurunya.

“Untuk tahap 10, tangan kiri atau kanan sahaja, atau kedua-duanya guru?”

Tiada balasan.

Malu untuk menitip panggilan, Pak Najib mengirim semula nota SMS.

Tiada balasan.

Ikon hantar diketiknya semula.

Tiada balasan.

“Aduh, kiri atau kanan?”

Akhirnya, Pak Najib bergurukan nota kirinya.