Press "Enter" to skip to content

Lema Hijrah Ini 1436

I

Hijrah ini, hamba teringat seorang sufi warga UK yang lama bertandang di negara yang indah ini.

Hamba berkata padanya suatu hari, hamba ingin menjadi nir.

Jangan, dia menyahut.

“Tuan hamba jangan minta yang itu, nanti tidak tertanggung.”

“Mintalah diringankan segala-galanya di sini dan di sana.”

Hijrah ini hamba mengulangi doa kerdil diri mohon diringankan perjalanan ini.

II

Hijrah ini, hati hamba tersentuh.

Pada sebelah pagi, usai persetujuan menyempurnakan tugasan, pemilik rumah penerbitan Cina sekonyong-konyong menawarkan satu jawatan.

Hamba kaget seketika tetapi menolaknya.

Hamba bahagia begini walaupun gentar selalu.

Selepas solat, sepasang suami isteri buta dikerumuni ramai orang yang ingin membeli keropok kerepek kacangnya.

Ahh, rezeki Yang Maha Esa pada ambang Hijrah baharu!

Hampir berkaca sang mata ini.

Kita serupa.