Press "Enter" to skip to content

Panduan Pantas – Aplikasi Google Play Books di iPhone

Saya tercari-cari aplikasi Google Play Books untuk membeli dan membaca buku-buku bahasa Melayu yang dijual di platform tersebut.

Oleh sebab semakin banyak buku bahasa Melayu dijual di sana, aplikasi Google Play Books dalam versi iOS adalah satu keperluan.

Bagi pengguna tegar iOS atau iPhone seperti saya, hanya iBooks atau Kobo yang membolehkan saya membaca buku yang sudah dibeli.

Namun, jangan khuatir, sebab aplikasi Google Play Books sudah pun boleh dimuat turun.

  1. Klik link iTunes Store untuk Google Play Books di sini menggunakan Safari/pelayar Internet atau buat carian ‘Google Play Books‘.
  2. Klik View in iTunes. Kebiasaannya, aplikasi App Store akan dibuka.
  3. Klik Install dalam iPhone anda.
  4. Setelah selesai pemasangan, klik Aplikasi tersebut.
  5. Daftar masuk menggunakan maklumat daftar masuk Google atau Gmail anda.
  6. Voila!
  7. Anda perlu membeli buku-buku di Google Play dahulu menggunakan pelayar Internet anda di sini.
  8. Setelah dibeli, buka aplikasi Google Play Books dalam iPhone anda dan muat turun buku-buku anda.
  9. Oh, jangan lupa untuk daftar masuk ke Google Play Books dahulu, sebelum membeli.

Salah sebuah buku sifu saya, Tuan Zamri Mohamad, Cinta Selepas Nikah, masih PERCUMA di sini!

Atau, belilah buku rakan-rakan saya Janin, Sorga, dan Tiada, ada yang saya kenal, ada yang tidak.

Namun, sokonglah industri buku bahasa Melayu, untuk memandaikan bangsa!

Selamat membaca!