Press "Enter" to skip to content

Yoga Orang Malas

Kenalan bertanya, yoga apa yang hamba amal. Hamba takut, mungkin dihukum. Tapi, berani menjawab. Yoga sedang-sedang, yoga malas, yoga suka hati. 9 tahun beryoga nyahtoksin, kebanyakannya penyongsangan atau inversion. Inilah aturan yoga orang malas pagi-pagi.

(1) buah cangkung – ala orang Asia buang air (pembukaan dan selingan) atau squat pose atau malasana
(2) buah berdiri atas bahu – atau shoulder stand atau sarvangasana
(3) buah ikan – atau fish sebagai buah balas (2) – matsyasana
(4) buah jambatan – atau bridge sebagai buah balas (2) – setubandhasarvangasana
(5) buah pangkin – atau plank pose atau phalakasana untuk abdomen
(6) buah sampan – atau boat pose atau naukasana, untuk abdomen
(7) buah berdiri atas kepala tepi dinding – atau wall supported headstand atau shirshasana juga untuk abdomen – dikenali sebagai raja asana atau raja buah – bukan durianlah
(8) buah baring – atau savasana, jika ada masa
(9) buah nafas lembu marah – kapalabathi atau stomach flapping, jika ada masa
(10) buah nafas satu lubang hidung kiri kanan – nadi sodhana atau alternate nostril breathing, jika ada masa
(11) chi kung goncang-goncang atau pada anak OKU hamba chi kung gangnam
(12) aikitaisho – nafas aiki

Itu sahaja, 15-30 minit. Cubalah!